Sunday, 6 January 2013

New Year 2013, Does It Matter?

Assalamualaikum wbt.

Kita semua baru je lepas tarikh akhir bagi tahun 2012. Maka sekarang ni ramai lah yang mula tetapkan azam baru masing-masing walaupun azam tahun lepas pun tak settle lagi, betul tak?

Bagi yang memang rasa dia adalah salah seorang insan yang bersungguh-sungguh dalam bab azam berazam ni, yang mana tetiap tahun azam dia tertunai, bagus la. Tapi yang  tak bagusnya tak patutnya tak sedap kita tengok ni spesies-spesies yang azam macam apa lagi, punya lah semangat. Siap post kat facebook lagi tu. Last-last azam tu cuma boleh tahan 2-3 hari lepas masuk tahun baru.

Tipu la kalau cakap tak pernah jumpa orang macam ni. TIPU.

"Aku azam nk score 9A+ spm nnti ni, doakan aku ye."
Esok tu "baru je masuk 2013, xpe xstudy, hujung minggu kang study."
Hujung minggu tu, "esok la study, cuti 2 hari."
Esok tu, "SPM lambat lagi boh! kita enjoy dulu."

"Haishh..mkin gemuk ni, azam taun ni ak nk kurus, tidak dapat tidak, mesti kurus pnya lah," Esoknya "perghh...knyang siot pekena dominos org belanja. xleh jd ni, esok mesti diet, MESTI,"
Esok tu "mak masak fevret pulak. xbaik xmakan dh penat mak msak, esok diet"
Esok lagi "eh tengok, Mekdi bagi burger free." -.-

See the effect of procrastination?

So, kesimpulannya, azam ni bukan lah suatu benda yang khusus untuk kita timbulkan time tahun baru je. Tambah-tambah tahun baru Masihi (?) tahun baru hijrah ko tak nak buat azam pulak kan?

Dalam aktiviti harian biasa pun kita boleh azam. Ingatkan balik salah silap untuk hari ni, AZAM yang kita tak kan buat benda yang sama dah untuk hari-hari esok. Tajdid, perbaharui azam kita tetiap hari. Baru la semangat tu boleh stay still.

Ni tak, azam setahun sekali. Tahi ayam pulak tu. :poop: haha. Bukan kata kat ko, aku kata kat orang-orang lain tu.









Friday, 28 December 2012

Apa Itu Falafel? Apa Itu Ful?

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang kepada semua ke Blog Falafel dan Ful; blog tak seberapa yang baru nak mula tumbuh pucuk. Bagi yang terjumpa blog ni secara kebetulan, aku andaikan korang tengah mencari sesuatu mengenai falafel dan ful. ANDAIAN ja, tak tahu la betul tidak.

APA ITU FALAFEL? APA ITU FUL?
Buat yang baru pertama kali baca or dengar perkataan FALAFEL dan FUL ni mesti blurr, blank, tak tahu apa natang falafel ful ni.Tapi untuk pelajar-pelajar yang currently belajar di bumi Mesir, or even yang pernah menetap di sana mesti dah masak sangat dah dengan falafel dan ful ni. Dah boring dah. Kalau tak tahu jugak, tak payah duduk Mesir lah.

Falafel tu sebenarnya makanan orang Mesir, atau lebih tepat lagi makanan untuk orang di Timur Tengah ni. Ful pun sama jugak, adik-beradik lah kiranya dua benda ni. Dua-dua ni makanan berasaskan kacang gitu. Kalau pergi Mesir memang famous sangat lah makanan-makanan camni. Selalunya aku dengan kawan-kawan makan falafel ni untuk breakfast, sebab dia simple, senang nak dapat, cepat pun cepat. So sesuai sangat lah kalau makan on the way nak ke kelas tu.

Falafel ni makanan yang digoreng. Then dia masukkan dalam roti sekali dengan sayur. Sebenarnya bagus makanan ni, lecturer aku pun selalu promote.

Katanya kalau vegetarian tu yang tak mahu makan daging, bagus makan benda ni, dia ada banyak amino acid untuk badan, protein la tu. Tapi kata sesetengah senior, tak bagus jugak makan selalu sebab penjual Mesir ni jarang tukar minyak goreng. Entah berapa lama entah dia goreng dengan minyak tu. Tak reti-reti nak tukar. Motor pun kena tukar minyak, haha. Orang-orang tempatan makan tak apa lah, perut tahan, dari kecil sampai besar panjang asyik makan benda tu. Lain pulak cerita kita orang-orang Malaysia ni. Silap makan sikit mula lah nak sakit-sakit perut, explosive diarrhea semua, haha. Mana nak cari pil Chi Ki Teck Aun dekat sini. MSG pun banyak guna nak buat falafel kata senior aku tu. Makan banyak-banyak botak kepala. Aku tak tahu la tahap kesahihan cerita si senior tu, mungkin betul mungkin tidak. Tapi kalau berdasarkan apa yang aku tengok selama ni, memang nampak macam tak tukar minyak pun. Nanti datang lah usha sendiri. Lagi satu, kalau yang ada Favism atau G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency) tu, elakkan lah daripada makan falafel.

Sekarang siap dah ada franchise yang jual falafel ni ---> JustFalafel! Tak sangka pulak ada gak franchise untuk benda ni. Pendapat aku, kalau jual pun mesti tak ramai orang tempatan yang beli. Maybe target untuk orang luar kot. First sekali aku fikir bila tengok JustFalafel ni, "Haihh ngarut gila buka franchise jual falafel. Lain lah kalau ada banyak varieties yang franchise ni jual." Bila dah buka website dia, tengok dia punya menu, boleh tahan jugak la.

Ful pulak kacang yang dibuat paste. Macam berkuah sikit, aku pun tak tahu nak cerita.



Selalunya banyak gerai tepi jalan jual ful ni pagi-pagi. Kalau lalu tepi gerai tu bau sedap sungguh. Bau ja la. Rasa tak tahu sedap tidak sebab tak pernah makan. Orang Mesir suka makan dengan roti, sayur-sayur sekali dengan jeruk. Ada abang Arab hari tu bagi tahu aku jeruk tu nama dia 'turshi.' Anyway, macam sedap jugak bila tengok balik.

Inspirasi dari dua makanan ni, aku pun namakan blog aku Falafel dan Ful.

Kenapa?

Suka hati aku la