Kita semua baru je lepas tarikh akhir bagi tahun 2012. Maka sekarang ni ramai lah yang mula tetapkan azam baru masing-masing walaupun azam tahun lepas pun tak settle lagi, betul tak?
Bagi yang memang rasa dia adalah salah seorang insan yang bersungguh-sungguh dalam bab azam berazam ni, yang mana tetiap tahun azam dia tertunai, bagus la. Tapi yang
Tipu la kalau cakap tak pernah jumpa orang macam ni. TIPU.
"Aku azam nk score 9A+ spm nnti ni, doakan aku ye."
Esok tu "baru je masuk 2013, xpe xstudy, hujung minggu kang study."
Hujung minggu tu, "esok la study, cuti 2 hari."
Esok tu, "SPM lambat lagi boh! kita enjoy dulu."
"Haishh..mkin gemuk ni, azam taun ni ak nk kurus, tidak dapat tidak, mesti kurus pnya lah," Esoknya "perghh...knyang siot pekena dominos org belanja. xleh jd ni, esok mesti diet, MESTI,"
Esok tu "mak masak fevret pulak. xbaik xmakan dh penat mak msak, esok diet"
Esok lagi "eh tengok, Mekdi bagi burger free." -.-
See the effect of procrastination?
So, kesimpulannya, azam ni bukan lah suatu benda yang khusus untuk kita timbulkan time tahun baru je. Tambah-tambah tahun baru Masihi (?) tahun baru hijrah ko tak nak buat azam pulak kan?
Dalam aktiviti harian biasa pun kita boleh azam. Ingatkan balik salah silap untuk hari ni, AZAM yang kita tak kan buat benda yang sama dah untuk hari-hari esok. Tajdid, perbaharui azam kita tetiap hari. Baru la semangat tu boleh stay still.
Ni tak, azam setahun sekali. Tahi ayam pulak tu. :poop: haha. Bukan kata kat ko, aku kata kat orang-orang lain tu.